Perihal Spare Part dan Servis..
السلام عليكم
Dalam post2 yang lepas, aku ada menulis tentang betapa terbatasnya sesuatu projek restorasi Seikologi itu jikalau tiada sumber barang ganti yang konsisten dan boleh dipercayai.
Ini memang benar tentang apa pun projek restorasi. Terkadang2, kalau lalu bengkel motorsikal tepi jalan, mesti kita dapat tengok banyak motor buruk di depan bengkel tu. Kalau tanya tokeh kedai, jawapannya tak lain dan tak bukannya dua; sama ada orang tinggalkan (taknak bayar) ataupun sebab spare part tak jumpa2 lagi!
Lagi lama ditinggalkan terbiar, makinlah barang ganti yang dicari pun habis dan susah nak dibeli, langsung semakin berkaratlah motor tu dan akhirnya dijual pula kepada kedai besi buruk yang ambik dengan harga timbang kilo aje.
Jiwa manusia yang senantiasa diabaikan dan dibiarkan terabai juga pasti akan ‘berkarat’, menjadi lemah dan langsung mati.
Lantaran, ianya juga perlu diservis.
Servis rohani ini boleh dilakukan dengan menunaikan ibadah seharian, mengingati mati, mendengar dan membaca Al Quran dan membiasakan diri dengan melakukan kebajikan kepada manusia sekeliling kita.
“Daripada Wabisah bin Makbud, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan?
Aku menjawab ˜Ya’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati.
Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.”
[Riwayat Ahmad & ad-Darami ]
Amal kebajikan membawa kepada jiwa yang tenang, manakala kemungkaran membawa pemikiran kita terhadap balasan dan azab dunia dan neraka, mengakibatkan bergelodaknya jiwa dalam kekacauan yang menunggu taubat.
***
Movement jam sering dikenali sebagai enjin atau mesin. Bagi kaliber mekanikal yang automatik, Ianya seolah2 bergerak dengan sendirinya umpama sel myocytes jantung manusia. Magis?
Sememangya, tapi ini adalah silap mata ilmuan Seikologi yang dipanggil sistem ‘Magic Lever’.
Sistem ini membolehkan pergerakan pemberat (oscilating weight) yang bebas berpusing 360 darjah memacu gear (2nd Reduction Wheel) pada arah pusingan jam yang sehala sahaja. Janji tangan bergerak, dan pemberatnya bergerak, ianya pasti akan mengunci jam!
Jadi, apabila jam yang digoncang tiada tindakbalas, apa mungkin masalahnya? Selalunya, jawapannya adalah yang sangat mudah:
“Umang aiii!!” kata orang Negeri Sembilan..
Bandingkan dengan gambar ihsan teman Rob B:

Ihsan Rob Berkavicius
Untuk silap mata ini menjadi, pawl haruslah ‘menggigit’ 2nd Reduction wheel. Malangya, akibat karat yang telah melarat akibat gasket belakang yang tak dijaga, ‘gigi2′ wheel wheel ni pun jadi rongak, dan tak berfungsi lagi – macam gigi kita jugak lah, hahaha..
Jadi, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur!
