Skip to content

Dayung Sudah di Tangan, Perahu Sudah di Air..

January 14, 2013

السلام عليكم

Para penggemar jam2 vintaj serta penuntut2 Ilmu Seikologi sekalian!

Selamat bertemu kembali dalam paparan mutakhir dari aku.. Dalam kesibukan bertugas, Alhamdulillah, ada jua sedikit masa untuk aku menulis dan berpesan2 sebagai peringatan kepada kalian dan juga kepada diri aku sendiri.

Masa dan waktu adalah suatu kontinuum yang tidak boleh diulang2 mahupun dihalang perjalanannya. Kita semua arif akan itu, tetapi betapakah perilaku seharian kita mencerminkan kefahaman kita tentang konsep masa.

Aku pernah terbaca sebuah kajian UPM, karya Professor Madya Dr. Fauzi Jumingan tentang ‘Janji Melayu’:

“.. konsep masa dalam pemikiran bahasa dan budaya Melayu terlalu luas. Terlalu luas maksud bahawa ketepatan masa orang Melayu tidak menentu. Mereka jarang berpegang pada ketepatan masa mereka hingga tercipta ungkapan Janji Melayu.

Hal ini berbeza dengan orang Jepun yang terlalu berpegang pada ketepatan masa mereka hingga kebanyakan majlis dan aktiviti harian mereka ditentukan dengan konsep masa seperti minit dan jam.

Lazimnya kita terdengar mesyuarat orang Jepun bermula pada pukul 8.15 pagi dan tamat pada jam 10.15 pagi berbanding orang Melayu yang suka menggunakan konsep jam sahaja seperti pukul 8 pagi, 10 pagi dan 12 pagi.”

Maaf Dr. Fauzi, tetapi mengikut pemahaman dan tunjuk ajar tuan2 guru aku, orang Melayu ini sikapnya amat rendah diri dan tidak sekali2 angkuh. Budaya Melayu yang penuh adab, budi, sopan, santun dan bermaruah itu dizahirkan dengan tutur kata yang penuh indah dan tersusun. Cakap orang Melayu itu beralas, tanpa gah dan tanpa membesar diri.

Janji Melayu itu adalah janji yang realistik, yang bertunjangkan kefahamannya tentang Al-Khaliq yang Maha Esa. Yang tiada sekutu-Nya. Yang menjadikan segala sesuatu dengan izin-Nya – termasuklah waktu yang kita kejar setiap saat dan ketika.

Tiada ada upayanya manusia itu melakukan barang sesuatu, walau sehela  nafas,  tanpa izin Allah SWT. Segala apa jang dijanjikan si Melayu itu, dikandar dengan amanahnya, lebih2 lagi jika berjanji akan tepat pada waktu kerana dia tahu ianya pasti mustahil tanpa izin-Nya jua.

Ramai sering keliru akan bezanya bila orang bercakap tentang Islam dan bila orang Islam bercakap.

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua selamat dalam keislaman yang menyelamatkan.

***

Perkhabaran gembira kali ini adalah tentang SKX007 yang dipaparkan pada post2 yang lepas.

Ini adalah antara restorasi yang paling menceriakan aku dek hasilnya yang begitu positif. Kos yang terbabit juga amat setimpal kerana si tuan punya mahir mencari barang gantian yang betul dan asli.

Tali Baru, Badan Tak Berapa Baru!

Tali Baru, Badan Tak Berapa Baru!

Tali Jubilee yang lama diganti dengan jenis folded-Oyster original yang ringan tetapi tahan lasak. Kacanya 2nd hand, murah sikit berbanding kaca baru yang lebih RM80 setiap satu.

Memang Hemsem!

Segak bergaya!

Bezel insert juga 2nd hand, tetapi masih baik keadaannya. Si Pemilik tahu yang tugasnya bakal mendedahkan muka jam pada risiko calar yang lebih tinggi daripada biasa, maka perkiraanya itu adalah amat wajar kerana kalau beli yang baru pun, entah berapa lama agaknya jer bertahan ‘baru’nya itu!

Santai & Bersahaja..

Santai & Bersahaja..

Alhamdulillah! Semoga manusia itu dapat menghargai masa, dan menggunakannya ke jalan yang penuh barakah!

Perihal Spare Part dan Servis..

January 11, 2013

السلام عليكم

Dalam post2 yang lepas, aku ada menulis tentang betapa terbatasnya sesuatu projek restorasi Seikologi itu jikalau tiada sumber barang ganti yang konsisten dan boleh dipercayai.

Ini memang benar tentang apa pun projek restorasi. Terkadang2, kalau lalu bengkel motorsikal tepi jalan, mesti kita dapat tengok banyak motor buruk di depan bengkel tu. Kalau tanya tokeh kedai, jawapannya tak lain dan tak bukannya dua; sama ada  orang tinggalkan (taknak bayar) ataupun sebab spare part tak jumpa2 lagi!

Lagi lama ditinggalkan terbiar, makinlah barang ganti yang dicari pun habis dan susah nak dibeli, langsung semakin berkaratlah motor tu dan akhirnya dijual pula kepada kedai besi buruk yang ambik dengan harga timbang kilo aje.

Jiwa manusia yang senantiasa diabaikan dan dibiarkan terabai juga pasti akan ‘berkarat’, menjadi lemah dan langsung mati.

Lantaran, ianya juga perlu diservis.

Servis rohani ini boleh dilakukan dengan menunaikan ibadah seharian, mengingati mati, mendengar dan membaca Al Quran dan membiasakan diri dengan melakukan kebajikan kepada manusia sekeliling kita.

“Daripada Wabisah bin Makbud, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan?

Aku menjawab ˜Ya’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati.

Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.”

[Riwayat Ahmad & ad-Darami ]

Amal kebajikan membawa kepada jiwa yang tenang, manakala kemungkaran membawa pemikiran kita terhadap balasan dan azab dunia dan neraka, mengakibatkan bergelodaknya jiwa dalam kekacauan yang menunggu taubat.

***

Movement jam sering dikenali sebagai enjin atau mesin. Bagi kaliber mekanikal yang automatik, Ianya seolah2 bergerak dengan sendirinya umpama sel myocytes jantung manusia. Magis?

Sememangya, tapi ini adalah silap mata ilmuan Seikologi yang dipanggil sistem ‘Magic Lever’.

Sistem ini membolehkan pergerakan pemberat (oscilating weight) yang bebas berpusing 360 darjah memacu gear (2nd Reduction Wheel) pada arah pusingan jam yang sehala sahaja. Janji tangan bergerak, dan pemberatnya bergerak, ianya pasti akan mengunci jam!

Jadi, apabila jam yang digoncang tiada tindakbalas, apa mungkin masalahnya? Selalunya, jawapannya adalah yang sangat mudah:

Image

“Umang aiii!!” kata orang Negeri Sembilan..

Bandingkan dengan gambar ihsan teman Rob B:

Ihsan Rob Berkavicius

Untuk silap mata ini menjadi, pawl haruslah ‘menggigit’ 2nd Reduction wheel. Malangya, akibat karat yang telah melarat akibat gasket belakang yang tak dijaga, ‘gigi2’ wheel wheel ni pun jadi rongak, dan tak berfungsi lagi – macam gigi kita jugak lah, hahaha..

Jadi, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur!

Tiada Rotan, Akar pun Berguna..

January 5, 2013

السلام عليكم

Para pembaca yang dihormati sekalian tentu lega dengan tibanya hujung minggu yang pertama bagi tahun baru ini.

Aku pun tak terkecuali – apatah lagi setelah sibuk ke hulu dan ke hilir menyudahkan pelbagai urusan, termasuklahi pendaftaran sekolah anak.

Memang penat, tetapi dalam kepenatan itulah minda yang berfikir akan dapat memahami betapa sepatutnya kita bersyukur dengan orang tua kita yang sudah lebih dahulu melalui kejerihan itu!

Hari semalam aku menerima permintaan S.O.S dari pemilik jam 6139-6015 ini:

Image

Aduh.. Memang bukan kesukaan aku untuk membela balik jam2 yang besarung kencana ni. Sebabnya mudah, kalau hendak mendapatkan balik sinar dan gemerlap asalnya, ianya memerlukan belanja dan usaha yang bukan calang2!

Casing yang disadur emas memang amat cantik bila baru. Malangnya, andaikata ianya tergores ataupun tercalar barang sedikit, hilanglah seri dan susahlah untuk ditouch-up kan.

Sarung atau case vintaj akan selalunya dibuat dari tembaga (brass) ataupun keluli tahan karat (stainless steel) yang dirawat dengan saduran asas nikel. Ini bagi membolehkan lapisan emas itu melekat dengan baik. Alah, macam Zhulian lah lebih kurang, korang buat tak tau pulak.. Hehehe..

Masalahnya, sebelum penyaduran, permukaan yang dihajatkan haruslah amat mulus dan rapi,  dan bagi kilatan mirror finish atau black polish, memang maksudnya berjam2lah masa yang diperlukan. Permukaan yang disudahkan dengan sambil lewa akan menghasilkan saduran yang tidak bermutu dan menampakkan lagi kecacatan dan kelemahan fizikal tersebut.

Jadi, apa jalan mudahnya?

Bagi aku, ini diklasifikasikan sebagai dharurat..

Perkataan ‘Dharurat’ dalam kehidupan seharian kadang-kala dijadikan mainan. Kadang2 masa bulan puasa, lapar sikit – dharurat. Ini haruslah dielak. Menurut Al-Jurjani dharurat berasal dari kata ‘dharar’ yang sendirinya mempunyai tiga makna utama iaitu lawan dari manfaat ; kesulitan/kesempitan; dan yang ketiganya adalah betapa gentingya sesuatu keadaan itu .

Kalau semak kamus Arab, ianya membawa maksud keperluan (hajat), sesuatu yang tidak dapat dihindari dan juga kesusahan/kesulitan.

Secara umumnya, Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah (III/477) menyatakan, definisi dharurat adalah keterpaksaan yang sangat mendesak yang dikhuatirkan akan menimbulkan kebinasaan atau kematian.

Maknanya kalau sebab dek hilang harta atau nama baik tu bukanlah termaktub dalam situasi dharurat!

***

Pendek ceritanya, jam yang hampir tewas memerlukan pendekatan yang berbeza dengan pendekatan biasa. “Out of the box and into the Real World!” kata omputeh…

Lihat sajalah situasi sebenarnya..

Image

Image

Image

Dalam kes kronograf 6139 ini, potensi menyerlah disebalik tabir kesuraman kaca jam:

Image

Image

Betullah kata bidalan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat akan sagunya!

Image

Image

Jam dan logo trademark Seiko yang berkemilau, lume yang sempurna dan subregister minit yang bersih memikat!

Dalam keaadan keterpaksaan, aku memilih pendekatan dwi-tona (two-tone) yang elegan dimataku!

Image

Azam Tahun Baru?

January 1, 2013

السلام عليكم

Tahun 2013 kini tiba, kita lambaikan selamat tinggal kepada 2012. Yang lepas, lepaslah. Yang pasti, tanggungjawab kita menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini.

Pembaikan yang mendadak sesungguhnya adalah bukan sesuatu yang mudah dan enteng. Sesuatu itu punyai inersianya yang tersendiri, lebih besar saiznya, lebih susahlah ianya nak berubah. Jadi berbondong2lah orang2 dari serata dunia memandang ke Jepun dan mempelajari sistem kaizen (perubahan) dan mengamalkannya dengan harapan perubahan2 kecil dapat dilakukan untuk mendatangkan kesan kumulatif yang besar.

Islam mengajar kita bermuhasabah diri dengan berlaku ikhlas dalam mengenal kelemahan dan kekurangan kita luar dan dalam. Mencermin diri (self-reflection) adalah amalan yang terpuji. Tak perlu tunggu dikritik, tak perlu tunggu diherdik, kuasa memang sebenarnya di tangan kita untuk menjadi lebih baik!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

[Al-Hashr: 18]

***

Projek memperbaiki jam yang terabai, terkadang memerlukan masa yang lama kerana semuanya bukan boleh dperbuat sekali gus. Banyak kekangan fizikal dan mental yang perlu diatasai seperti masalah bajet, kekurangan spare part dan juga had masa yang tak menentu.

Jadi, memang bestlah dapat cuti panjang sikit – panjang langkah dan panjang akal.

Jam tangan Seiko SKX007 seperti post yang lepas dapat diselenggara sebaik2nya..

Image

Daki dan habuk ni kalau kumpul2 memang boleh buat baja kompos!

Image

Image

Setelah cucian kering (minyak, cungkil gigi dan berus), perubahan nyata ketara:

Image

P1040714

Image

Nanti, bila dah settle movement dia, dan setelah kaca gantian (second hand) nak dipasang, barulah cucian basah akan dilakukan.

Selamat Berazam Baru!

Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam..

December 30, 2012

السلام عليكم

Tangguh punya tangguh, dah nak tujuh bulan rupanya post aku yang terakhir. Ramai juga yang emel tanyakan khabar. Terima kasihlah banyak2 atas ingatan kalian. Aku sehat2 saja, cuma bertukar tempat kerja. Kerja sibuk sikit, tak berapa ada masa nak online..

Pun begitu, restorasi Seikologi tetap berjalan seperti biasa. Di tempat kerja baru pun dah dekat 3 bijik jam kahwin dah dikembalikan seri, buat ingatan saat ijab kabul yang menggembirakan hati kedua mempelai.

Mendirikan rumahtangga ni memang wajib bagi lelaki yang cukup syarat. Jangan tangguh2 atau malu2 nak menzahirkan fitrah manusia. Setakat nak kumpul duit buat belanja kenduri 7 hari 7 malam tu tak pernah disuruh agama!

“Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

(HR Abu Mas’ud)

Paparan visual minggu ni bukan jam kahwin, tapi jam yang telah dizalimi. Korang ni memang betul2 menguji kesabaran aku, hehehe..

Image

Ni macam mana pakai pun aku tak tahu. Tapi, sebab ianya adalah 100% original, memang tak ada masalah langsung untuk diandam dan dimandi bunga.

Image

Enjin bersih dan masih steady. Amplitud baik tetapi simpanan kuasa (power reserve) berada di tahap 30 jam lebih. Tu maknanya memang kena servis balik. 7S26A yang menjadi janakuasa SKX007 ini memang tahan lasak, tapi kalau nak tahan lama memang kena servis la.

Pelincir lama bukan sekadar minyak, tapi mengandungi sedikit karbon. Bila dah lama2, minyak ini pun menjadi likat dan menyebabkan transmisi kuasa tak secekap dulu.

Yang bestnya bila aku lepaskan mainspring, terasa kuat tolakkannya iaitu suatu petanda yang baik!

Insya Allah post aku di hari yang ke depan akan memaparkan kisah yang menceriakan!

Terkenang Semasa Dulu..

May 25, 2012

Salam Seikologi buat peminat restorasi vintaj sekalian..

Aku menjangka akan dapat meng’update’ blog ni lebih kerap lagi, tapi apakan daya – banyak permintaan pulak akhir2 ni, dan kelapangan aku untuk nak mengarang pun semakin jarang2 ada.

Memang megurus masa itu adalah suatu skill yang amat tinggi nilainya. Manusia semua punyai 24jam sehari, bagaimana kita menmanfaatkan waktu yang diberi Allah SWT itu, menentukan kejayaan kita sebagai hamba-Nya di dunia ini. Adaikata kita alpa, maka tersangat lah kita kerugian:

 ‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang.”

(HR Bukhari)

Projek2 yang baru sampai memang menarik. Yang ini dipunyai oleh Sdr Hisham dari Shah Alam:

Photobucket

Tali yang sedia terpasang tu memang bukan yang original.  Lebar link di tengah2 nya hanyalah 7mm lebih, berbanding dengan lebar ruang tengah case nya 10mm. Keadaan ini membahayakan jam tersebut sebab kalau banyak bergesel, bucu tajam besi link itu bakal mencalarkan case jam tersebut dari dalam.

Mengikut cerita Abang Hisham kita ni, jam ini adalah pemberian orang tuanya, dan dibeli di Singapura. Enjinnya 6309, yang lasak dan amat bersih sekali. Sewaktu sampai di tangan saya, enjinnya sekejap jalan, sekejap berhenti. Inya begitu sejak terjatuh, tambah Sdr Hisham lagi.

Jam yang terjatuh, lebih2 lagi berenjin automatik ni, jangan dibuat main2. Kalau tengok dengan mata kasar mungkin tak ada apa2, tetapi sebenarnya berberapa perkara mungkin telah berlaku.

Antara bencana yang menimpa jam yang terlepas dari altitud yang tinggi adalah tercabut jarum (jarum tak berubah apabila crown dipusing), balance staff patah/sumbing/tumpul, jewel tercabut, kaca pecah, penanda tanah (dial markers) tercabut, case sumbing, skru kepada mainplate terlerai dan 1001 macam lagi.

Dan apabila mula ada masalah kecik ni, bertambah besar lah jadi masalah yang lebih besar, dan seterusnya melarat sehingga jam menjadi kronik dan kos menyelamat pun berdentum naik..

6139 Owned!

Kalau dah kronik macam ni, memang mahal lah jawabnya..

Nasib Sdr Hisham kita baik, jam terselamat tanpa kos yang menggugurkan jantung:

Photobucket

Berberapa hari lepas, berjumpa pula dengan Sdr Firdaus. Orangya muda belia, tapi memang punyai citarasa yang baik. Jam tangan Seiko pertamanya adalah jenis automatik:

Photobucket

Sama Oren dengan Kaler Baju..

Jam dibeli dengan seorang Uncle di Amcorp, dan malang sekali ianya bukan 100% original.

Para peminat Diver’s SKX di luar sana tentu ma’lum akan model bermuka oren ini. Ianya tidak bukan adalah model SKX011 yang tersohor. Amat mudah dikenali dengan bezel hitam bertulis emas, seta tangan emasnya, memang enjinya 7S26 dan setakat ini aku hanya jumpa buatan Jepun sahaja.

Tapi lihatlah gambar barangan jualan di Amcorp ini:

Photobucket

Mengguris Hati..

Bukan setakat yang luaran aje yang tak betul, malahan enjinnya juga x menggunakan kaliber 7S26..

Gambar lebih ada di sini.

Untuk kes yang sebegini, aku tak tahulah nak cakap apa. Aku dah nasihatkan pemiliknya supaya pulangkan balik untuk dapatkan wang kembali. Tapi, beliau bertegas mahu ianya dijelmakan semula sebagai SKX011 yang disegani.

Jadi pendekatan aku adalah pendekatan barangan bahagian 2nd hand. Biarpun ianya tak secantik baru, tapi janji ianya Seiko yang asli!

Perihal Tali-Temali..

May 3, 2012

Salam Seikologi!

Hari ni aku nak bercerita sikit tentang bab yang selalu di pandang remeh oleh ramai pemakai jam tangan tegar iaitu tentang pemilihan tali jam yang bersesuaian dengan fungsi dan penampilan si pemakai.

Photobucket

Sememangnya, seutas jam yang secara intrinsiknya cantik dan menarik adalah hasil daripada gabungan pelbagai komponen yang zahir pada deria penglihatan manusia.

Namun kesempurnaan sesuatu maksud itu jarang tercapai hanya dengan melihat yang luaran. Ianya harus disulami dengan pengertian secara menyeluruh dengan melihat dalam konteksnya (contextual view) yang bersesuaian.

Sebagai seorang Muslim, disiplin ini dilatih dalam diri kita dengan begitu cantik sekali dalam kita memahami Al-Quran serta mendalami hadis Nabi. Pelbagai istilah digunakan dalam bahasa ‘Arab seperti; ‘alaqah, qarinah, syiyaq al-kalam dan qarainal-ahwal bagi kalimah2 yang dapat menguraikan serta mendukung atau menambah kejelasan makna, atau situasi yang ada hubungannya dengan suatu kejadian atau lingkungan sekelilingnya bagi sesuatu ayat itu.

Betapa kita bergantung kepada Hadis dan Sunnah sebagai sumber nilai panduan dan ajaran komplementari, sekaligus fungsinya sebagai bayanta`kid  (keterangan penguat), bayan tafsir  (keterangan penjelas) atau bayan murad  (keterangan yang dimaksud) al-Quran al-Karim.

***

Para penggemar vintaj yang lebih ‘advanced’ akan melihat di sebalik hal-hal fizikal seutas jam tangan itu, dengan juga mengambil kira kualiti dalaman atau yang tersirat. Antara yang menarik minat golongan ini adalah seperti kaliber yang memacu pergerakan jam, sejarah, asal-usul serta salah-silah (provenance) hasil horologi tersebut.

Kualiti yang Tampak Pada yang Pandai Mencarinya..

Seyogianya inilah sebahagian daripada Ilmu Seikologi yang harus ditimba oleh peminat jam vintaj Seiko sebelum berkira2 atau bercadang2 untuk menceburkan diri dalam pengumpulan mahakarya dunia horologi Jepun ini.

Baik, kembali kepada pemililhan tali (band/strap/bracelet) jam yang tepat, berberapa faktor amat perlu dititikberatkan:

1. Fungsi

– Jam untuk dibawa memancing, seharusnya kalis air. Talinya juga harus sedemikian. Penggunaan tali kulit amat tidak wajar, terutama di kawasan air masin kerana ianya akan mengeringkan kulit dan membuat ianya cepat rapuh. Pilihan tali dari getah, Nylon atau besi keluli adalah lebih bijak. Terdapat juga tali kulit yang dirawat secara khusus untuk menjadikannya kalis air (“swim-safe”).

Photobucket

* Nota: Jikalau terkena air masin, pastikan tali kulit dibasuh dengan air suling sehingga kandungan garam hilang. Tali kulit ditekan2 (dabbed) dengan kain atau tisu untuk menyerap lebihan lembapan arkian langsung dikeringkan di tempat yang terlindung dari terik matahari. Penggunan kondisioner seperti Lexol adalah digalakkan untuk tali yang diperbuat daripada kulit asli.

Photobucket

Barang diingat, produk kulit asli yang tinggi mutunya seharusnya boleh dicuci dengan air dan sabun lembut (yang tidak mengeringkan).

– Persekitaran yang lasak memerlukan tali yang juga lasak. Minyak, asid, serta benda2 tajam adalah musuh kepada tali jam yang berbeza2 jenis. Pastikan pilihan anda tepat dan bersesuaian.

2. Keselesaan

–  Tali getah Z-22 dipakai dibawah terik matahari akan membuat kulit berpeluh dan amat tidak selesa. Keadaan berkelembapan tinggi (humid) sangat sesuai untuk tali nylon atau besi.

Photobucket

–  Mereka yang mempunyai bulu roma yang lebat tak seharusnya memilih tali besi yang berongga kecil. Amat sakit bila bulu tangan di cabut secara paksa..

Photobucket

3.  Penampilan

– Jam diver bertali getah kurang sesuai dipadankan dengan baju lengan panjang yang ketat di bahagian manset (cuff). Ini merosakkan silhouette pemakaian yang segak dan kemas. Jam begini juga jarang dibawa ke majlis formal kecuali bertali besi/emas & perak (two-tone) yang berkilat.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Untuk acara ‘black-tie’, jam tangan seharusnya tidak menonjol, baik dari segi harfiah ataupun fizikal. Jam berprofil nipis yang bertali kulit atau besi adalah yang paling bijak.

Photobucket

Pemilihan tali yang tepat bukan sahaja menyerlahkan penampilan bergaya sang pemakai, malah menunjukkan bahawa beliau adalah ahli dalam cabang Ilmu Seikologi!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.