Skip to content

Dayung Sudah di Tangan, Perahu Sudah di Air..

January 14, 2013

السلام عليكم

Para penggemar jam2 vintaj serta penuntut2 Ilmu Seikologi sekalian!

Selamat bertemu kembali dalam paparan mutakhir dari aku.. Dalam kesibukan bertugas, Alhamdulillah, ada jua sedikit masa untuk aku menulis dan berpesan2 sebagai peringatan kepada kalian dan juga kepada diri aku sendiri.

Masa dan waktu adalah suatu kontinuum yang tidak boleh diulang2 mahupun dihalang perjalanannya. Kita semua arif akan itu, tetapi betapakah perilaku seharian kita mencerminkan kefahaman kita tentang konsep masa.

Aku pernah terbaca sebuah kajian UPM, karya Professor Madya Dr. Fauzi Jumingan tentang ‘Janji Melayu’:

“.. konsep masa dalam pemikiran bahasa dan budaya Melayu terlalu luas. Terlalu luas maksud bahawa ketepatan masa orang Melayu tidak menentu. Mereka jarang berpegang pada ketepatan masa mereka hingga tercipta ungkapan Janji Melayu.

Hal ini berbeza dengan orang Jepun yang terlalu berpegang pada ketepatan masa mereka hingga kebanyakan majlis dan aktiviti harian mereka ditentukan dengan konsep masa seperti minit dan jam.

Lazimnya kita terdengar mesyuarat orang Jepun bermula pada pukul 8.15 pagi dan tamat pada jam 10.15 pagi berbanding orang Melayu yang suka menggunakan konsep jam sahaja seperti pukul 8 pagi, 10 pagi dan 12 pagi.”

Maaf Dr. Fauzi, tetapi mengikut pemahaman dan tunjuk ajar tuan2 guru aku, orang Melayu ini sikapnya amat rendah diri dan tidak sekali2 angkuh. Budaya Melayu yang penuh adab, budi, sopan, santun dan bermaruah itu dizahirkan dengan tutur kata yang penuh indah dan tersusun. Cakap orang Melayu itu beralas, tanpa gah dan tanpa membesar diri.

Janji Melayu itu adalah janji yang realistik, yang bertunjangkan kefahamannya tentang Al-Khaliq yang Maha Esa. Yang tiada sekutu-Nya. Yang menjadikan segala sesuatu dengan izin-Nya – termasuklah waktu yang kita kejar setiap saat dan ketika.

Tiada ada upayanya manusia itu melakukan barang sesuatu, walau sehela  nafas,  tanpa izin Allah SWT. Segala apa jang dijanjikan si Melayu itu, dikandar dengan amanahnya, lebih2 lagi jika berjanji akan tepat pada waktu kerana dia tahu ianya pasti mustahil tanpa izin-Nya jua.

Ramai sering keliru akan bezanya bila orang bercakap tentang Islam dan bila orang Islam bercakap.

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua selamat dalam keislaman yang menyelamatkan.

***

Perkhabaran gembira kali ini adalah tentang SKX007 yang dipaparkan pada post2 yang lepas.

Ini adalah antara restorasi yang paling menceriakan aku dek hasilnya yang begitu positif. Kos yang terbabit juga amat setimpal kerana si tuan punya mahir mencari barang gantian yang betul dan asli.

Tali Baru, Badan Tak Berapa Baru!

Tali Baru, Badan Tak Berapa Baru!

Tali Jubilee yang lama diganti dengan jenis folded-Oyster original yang ringan tetapi tahan lasak. Kacanya 2nd hand, murah sikit berbanding kaca baru yang lebih RM80 setiap satu.

Memang Hemsem!

Segak bergaya!

Bezel insert juga 2nd hand, tetapi masih baik keadaannya. Si Pemilik tahu yang tugasnya bakal mendedahkan muka jam pada risiko calar yang lebih tinggi daripada biasa, maka perkiraanya itu adalah amat wajar kerana kalau beli yang baru pun, entah berapa lama agaknya jer bertahan ‘baru’nya itu!

Santai & Bersahaja..

Santai & Bersahaja..

Alhamdulillah! Semoga manusia itu dapat menghargai masa, dan menggunakannya ke jalan yang penuh barakah!

One Comment leave one →
  1. January 18, 2013 1:48 am

    As Salamu alaikum

    Terima kasih di atas catatan sdr mengenai ‘Janji Melayu’ yang sedikit sebanyak dapat menghakis stigma sinis termasuk daripada kalangan Muslim Melayu Malaysia sendiri.
    Ingin saya menambah, seorang Muslim itu mengakhirkan janji beliau dengan ungkapan “Insya AlLah” yang memulangkan kehendak terjadi segala sesuatu kepada AlLah swt, sesuai dengan maksud surah al Kahfi ayat 23 dan 24.

    Terima kasih dan Wassalam
    AAAA

Leave a comment